Microsoft Word
17 Februari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 16 Februari 2024 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas ICT iaitu kelas Microsoft Word. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 3 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran dan kreativiti peserta. Hal ini dikatakan demikian kerana, Microsoft Word adalah software yang dapat memudahkan kerja seperti membuat dokumen formal, semi formal dan informal. Selain itu, word mempunyai pelbagai fungsi dan manfaat seperti memudahkan untuk berkomunikasi dan mengurangi penggunaan kertas.
Seterusnya, mereka diberi bimbingan bagaimana cara untuk memasukkan gambar ke dalam Microsoft Word serta cara untuk mendapatkan gambar melalui google image. Dengan adanya Microsoft word tersebut peserta dapat menghasilkan karangan dengan baik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: